Ahad, November 09, 2008

TELUR ITIK....






Kisah telur itik ni...anak sulung saya..hari sabtu 08hb Nov. 08, jam: 11.30 pagi selepas makan pagi kat kedai 'Kak Wok' telefon berbunyi....moksu yg call suruh pergi ambil dia kat stesen bas jalan hamzah..dia datang dengan bas dari Rantau Panjang..Lepas makan saya hantar husband saya kat pejabat dia..'SAFEGUARD SECURICOR SDN BHD' lepas tu terus ke KB Mall. Jalan jem teruk..maklumlah hari Sabtu kan..
Tiba di stesen bas, moksu angkat barang-barang dia (banyak sangat) letak belakang kereta, lepas tuh dalam bekas ada telur warna putih...NAYLI tanya moksu 'ma tuk, apa ni?'..jawab moksu 'telur itik'..
Sampai jer rumah, terus NAYLI minta nak tengok telur itik..'ma tuk, mana telur itik, kakak nk tengok'..lalu moksu saya pun buka bekas tunjuk pada dia..
Nampak pelik je muka dia..macam muka kehairanan...'Kakak nk tengok telur itik'..jerit NAYLI..'nie lah telur itik, nak tengok telur itik mana lagi?'..tapi NAYLI jawab...'mana ada itik?'....semua ketawa terbahak-bahak termasuklah ayah saya sendiri..lucu mendengar kata-kata NAYLI...
Rupa-rupanya dia ingat telur itu bersama-sama dengan itik...NAYLI tak faham maksud telur itik..
Ishhh...macam-macam ragam rupanya anak-anak ni...suka tengok dia orang 'adik-beradik' membesar..Orang kata, usia sekarang ni lah kita suka main dengan anak-anak..sebab dia orang nk tahu KENAPA, DI MANA, APA, SIAPA, BILA..macam-macam lah...
Telur Itik...Telur Itik...