Selasa, November 04, 2008

Nak Baby Boy





Happy famili..satu ungkapan yang sungguh bermakna dalam hidup setiap yang berumah tangga. Begitu juga saya..kehidupan yang bahagia, aman damai dan sempurna menjadi impian setiap orang. Saya begitu bertuah mempunyai suami dan anak-anak yang comel lagi bijak. Sebelum ini, banyak rintangan yang dihadapi dalam hidup saya sebelum saya menemui cinta sebenar. Setelah mengenali MOHD ZAMRI BIN JAAFAR saya nekad untuk menamatkan zaman 'nakal' saya. Dia banyak mengajar saya tentang kehidupan. Dia telah merubah saya dari 'tolol' kepada sekarang (yang masih jugak tolol tapi tk banyak ler). Saya melayari bahtera rumah tangga pada tahun 2004 dan telah melahirkan seorang puteri pada 12hb September 2005, jam: 1.41 pagi. Saya teruja dengan KebesaranNya. Belum puas saya mencurahkan kasih sayang yang secukup nya buat puteri pertama NUR NAYLI BT MOHD ZAMRI, saya disahkan mengandung sekali lagi...Aduhhhh awal sangat ler...Tetapi itu dinamakan rezeki ALLAH S.W.T. Saya bersyukur dan berterima kasih. Sakit mula terasa pada awal pagi ketika orang sedang mengaji al-quran. Saya melahirkan puteri kedua NUR NASRIN BT MOHD ZAMRI pada 05hb April 2007, jam: 6.15 pagi selepas azan subuh... Kedua-dua anak saya adalah perempuan..teringin sangat anak lelaki...Insyallah kalau ada rezeki 2 tahun lagi saya akan menambah anak. hehehehe..tetapi kalau boleh nak baby boy...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan