Selasa, Januari 20, 2009

@ Pantai Irama Bachok




Petang Jumaat, selepas solat asar saya mengajak suami saya datang ke Pantai Irama Bachok untuk melihat keadaan, sebab pagi tuh saya baca paper berkenaan dengan ada pondok yang runtuh yang dibina oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (Pejabat saya) dalam RMK9..kadang-kadang paper nih salah tulis, ada ke tulis Majlis Pelancongan dan Tindakan Negeri Kelantan (terbalik) sedangkan di situ ada tertulis Kementerian Pelancongan, Majlis Tindakan Pelancongan Projek Pembangunan RMK9 dan Nama Kontraktor yang membina...Memang paper nih tak boleh percaya, kena tengok berita baru boleh pakai...aper laaa...banyak kes dh saya baca paper nih tak betul penulisan...harap benda ni tak terjadi..sebab kita yang diluar (pembaca) mestilah ingin tahu berita yang mailto:tepat@#$^&*


Selepas menjelajah kawasan pantai, saya sempat juga pergi ke pasar malam disitu, sempat jugalah beli mee goreng, ayam goren, nasi kerabu dan kuih manja untuk anak-anak..lepas saya cari meja untuk makan dan order air sahaja...saya order air nyiur muda (kelapa), air milo kosong untuk suami saya dan milo ais untuk anak-anak..biasalah si nasrin kan nakal sikit, minum air milo dengan straw terkena air milo ke baju suami saya..marah juga dia sebab kena baju putih..terus ke paip air dan basuh.





Suami sedang cuci baju terkena milo



Tiada ulasan:

Catat Ulasan