bilik perbicaraan tingkat 3 letih...
Nampak tak suami saya sedang menunggu baju purple..
pemandangan tingkat 3..nampak bangunan MPKB-BRI
Ni dalam court..saya takut sebenarnya nak ambil gambar..takut kena marah..nanti masuk lokap
ERMMMMMHHHHHHH
Jam: 8.35 pagi tadi sampai lah saya dan suami di mahkamah untuk bicara kes langgar lampu isyarat..suami saya mahu melawan (bela diri sendiri) kerana tidak bersalah...tunggu majistret tak sampai lagi jam di tangan hampir 9.40 pagi..orang ramai dah menunggu...cerita nya begini..pada suatu malam saya ke Tesco untuk membeli barang-barang dapur..lepas tuh, Nayli nak makan KFC, sedangkan Tesco dah nak tutup..saya cuba pujuk Nayli untuk makan KFC 24 hours dalam bandar KB...turun dari Tesco terus ke sana..sampai di traffic light hotel temenggong untuk belok ke kanan..tiba-tiba polis di belakang..suami saya turun dan menunjuk lesen memandu..polis tersebut berkata "Ada IC lain tak? polis itu meminta IC suami saya yang lain..suami saya menerangkan kepada polis itu "Ini bukan IC, ini lesen saya.."...(bingung polis tuh) mungkin gelap atau mungkin polis tuh tak tahu apa-apa...selepas dia meneliti IC dan Lesen suami saya, seorang lagi polis turun dah menanyakan sahabat nya "Salah apa?"..suami saya kehairanan kenapa rakan satu kereta dia pun tak tahu yang suami saya ni langgar lampu isyarat?????? suami tak tak mengaku bersalah..selepas surat saman dikeluarkan, polis itu meminta tandatangan suami saya...suami saya tidak mahu tandatangan sebab tidak bersalah..lalu polis itu menulis di surat saman 1) kesalahan melanggar lampu isyarat 2) tidak mahu menandatangani surat saman....OK SEE U IN COURT...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan