Rabu, Disember 24, 2008

Buat Temanku..

Buat temanku yang disayangi...bersabarlah dalam menghadapi liku-liku hidup..mungkin Allah SWT ingin menguji mu dengan cara begini..Ingatlah bahawa ramai lagi di luar sana yang lebih dahsyat dugaan nya daripada mu...Aku faham perasaan mu, dan juga pernah menghadapi nya..Tapi derita mu lain dengan derita ku, dulu aku belum lagi berkahwin...Sekarang selamat menjadi suamiku..Ingatlah kembali saat-saat manis bersama dahulu..Sesungguhnya setiap yang terjadi ada hikmahnya..Tetapi ini lah yang dinamakan LELAKI..kadang-kadang sanggup berbuat apa sahaja demi CINTA nya tapi kadang-kadang sanggup MEMBUNUH demi menyelamat diri nya..Lumrah kehidupan dalam berumahtangga, cabaran dan dugaan..Tetapi aku benci pada PEREMPUAN yang mendekati seseorang yang telah bergelar SUAMI orang..jangan sesekali meruntuhkan masjid yang telah dibina..kita sama-sama akan merasai kesakitan ini..jadi elakkan lah dari berkawan dengan seseorang yang bernama SUAMI..jaga lah hati dan perasaan seorang ISTERI..
Buat Temanku, aku sentiasa sokong dan berada di belakang mu di saat-saat kesempitan dan kesusahan..dan aku berharap tiada apa-apa yang terjadi di antara kamu berdua..dan buat SI DIA..jaga lah hati IBU kepada ANAK mu itu, dia telah memberi segalanya dan merasa pahit manis ketika melahirkan ANAK buat mu..
Akhir kata dariku...seandainya jodoh mu berhenti di sini..jaga lah ANAK mu, didiklah dia agar tidak membenci BAPA nya...
Benarlah kata pepatah, hendak seribu daya..tak nak seribu dalih..habis manis sepah dibuang..
Siasatlah dulu sebelum membuat keputusan agar tidak menyesal di kemudian hari..
Kalau ada jodoh tak kemana..Ajal maut di tangan Allah SWT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan