Selasa, Disember 30, 2008

Nafas Kekasih..

Ingin ku memuja
Seribu bahasa
Engkau yang ku damba
Untuk selamanya
Walaupun kau jauh di mata
Oh Kekasih...
Percayalah
Gelisahku makin mendalam
Hebat dilanda
Gelora Cinta
Mimpi indah berdua
Tanpa suara
Sekadar senyum manja
Dapat ku tafsir makna
Kita kekasih
Tak dapat dipisahkan lagi
Dalam mimpi
Tak dapat dipisahkan lagi
Kenyataan ini
Aku cinta kepadamu
Sehingga disaat nafasku terhenti
Kekasih percayalah
Kaulah segalanya...
Engkau segalanya
Kekasih percayalah
Kaulah segalanya...

Happy Birthday Darling

HAPPY BIRTHDAY DARLING...
Happy Birthday buat my husband 29.12.08 (awal muharram) nasib baik ofis cuti dapat juga bersama dengan dia...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...lama rasanya tak buka blog nih..server ofis ni masuk air hujan..kabel jem..
Tak ada apa yang istimewa sambut birthday semalam..saya bagi jam tangan CASIO dan kita keluar makan di Kenny Rogers...Auwwww..yang penting kita berdua sahaja..anak-anak tinggal kat rumah dengan tok ayah dan mama tok dia...kesian...ingat nak beli kek, tapi tak nak dah tua, malu nk blow nanti..Semoga kehidupan saya lebih bahagia dan bermakna dengannya...
Terima kasih ABANG

Rabu, Disember 24, 2008

Buat Temanku..

Buat temanku yang disayangi...bersabarlah dalam menghadapi liku-liku hidup..mungkin Allah SWT ingin menguji mu dengan cara begini..Ingatlah bahawa ramai lagi di luar sana yang lebih dahsyat dugaan nya daripada mu...Aku faham perasaan mu, dan juga pernah menghadapi nya..Tapi derita mu lain dengan derita ku, dulu aku belum lagi berkahwin...Sekarang selamat menjadi suamiku..Ingatlah kembali saat-saat manis bersama dahulu..Sesungguhnya setiap yang terjadi ada hikmahnya..Tetapi ini lah yang dinamakan LELAKI..kadang-kadang sanggup berbuat apa sahaja demi CINTA nya tapi kadang-kadang sanggup MEMBUNUH demi menyelamat diri nya..Lumrah kehidupan dalam berumahtangga, cabaran dan dugaan..Tetapi aku benci pada PEREMPUAN yang mendekati seseorang yang telah bergelar SUAMI orang..jangan sesekali meruntuhkan masjid yang telah dibina..kita sama-sama akan merasai kesakitan ini..jadi elakkan lah dari berkawan dengan seseorang yang bernama SUAMI..jaga lah hati dan perasaan seorang ISTERI..
Buat Temanku, aku sentiasa sokong dan berada di belakang mu di saat-saat kesempitan dan kesusahan..dan aku berharap tiada apa-apa yang terjadi di antara kamu berdua..dan buat SI DIA..jaga lah hati IBU kepada ANAK mu itu, dia telah memberi segalanya dan merasa pahit manis ketika melahirkan ANAK buat mu..
Akhir kata dariku...seandainya jodoh mu berhenti di sini..jaga lah ANAK mu, didiklah dia agar tidak membenci BAPA nya...
Benarlah kata pepatah, hendak seribu daya..tak nak seribu dalih..habis manis sepah dibuang..
Siasatlah dulu sebelum membuat keputusan agar tidak menyesal di kemudian hari..
Kalau ada jodoh tak kemana..Ajal maut di tangan Allah SWT...

Selasa, Disember 23, 2008

mahkamah majistret (2) kb


bilik perbicaraan tingkat 3 letih...


Nampak tak suami saya sedang menunggu baju purple..



pemandangan tingkat 3..nampak bangunan MPKB-BRI


Ni dalam court..saya takut sebenarnya nak ambil gambar..takut kena marah..nanti masuk lokap


ERMMMMMHHHHHHH
Jam: 8.35 pagi tadi sampai lah saya dan suami di mahkamah untuk bicara kes langgar lampu isyarat..suami saya mahu melawan (bela diri sendiri) kerana tidak bersalah...tunggu majistret tak sampai lagi jam di tangan hampir 9.40 pagi..orang ramai dah menunggu...cerita nya begini..pada suatu malam saya ke Tesco untuk membeli barang-barang dapur..lepas tuh, Nayli nak makan KFC, sedangkan Tesco dah nak tutup..saya cuba pujuk Nayli untuk makan KFC 24 hours dalam bandar KB...turun dari Tesco terus ke sana..sampai di traffic light hotel temenggong untuk belok ke kanan..tiba-tiba polis di belakang..suami saya turun dan menunjuk lesen memandu..polis tersebut berkata "Ada IC lain tak? polis itu meminta IC suami saya yang lain..suami saya menerangkan kepada polis itu "Ini bukan IC, ini lesen saya.."...(bingung polis tuh) mungkin gelap atau mungkin polis tuh tak tahu apa-apa...selepas dia meneliti IC dan Lesen suami saya, seorang lagi polis turun dah menanyakan sahabat nya "Salah apa?"..suami saya kehairanan kenapa rakan satu kereta dia pun tak tahu yang suami saya ni langgar lampu isyarat?????? suami tak tak mengaku bersalah..selepas surat saman dikeluarkan, polis itu meminta tandatangan suami saya...suami saya tidak mahu tandatangan sebab tidak bersalah..lalu polis itu menulis di surat saman 1) kesalahan melanggar lampu isyarat 2) tidak mahu menandatangani surat saman....OK SEE U IN COURT...

CRYING


Pagi-pagi dah buat hal...tadi nayli nangis rebut telefon mainan dengan baby..ambik jer gambar..malu-malu nayli terus diam..ermmmhhhh (maklumlah ada kamera sendiri asyik ambil gambar jer la)

Anak Dutch Lady 123





Ni gambar selepas pick up anak saya kt school dia orang..naik jer kereta terus minum susu..teacher dia orang dah buat siap-siap. Masing-masing ambil botol masing-masing..sekejap jer minum susu..8 aun tuh tak sampai 2 minit..dh besar tapi masih minum susu...ishhh botak kepala ibu..setiap kali beli susu 8 - 10 pack (tahan satu bulan) tuh tak masuk pampers lagi..nasib baik si kakak tak pakai pampers dh..pendek kata duit untuk anak-anak hampir RM 400 sebulan..sekarang nak stop dulu...tunggu anak-anak besar baru boleh planning untuk tambah lagi...kesian jugak dekat dia orang terutamanya si kakak, belum puas merasa kasih sayang tiba-tiba dh ada adik..silap sikit kakak yang kena..kakak ni kena mengalah semuanya..tapi kadang-kadang kakak tak tahan..asyik adik jer menang...kesian..AYAH DAN IBU MUDA LAGI (PERASAN)

Isnin, Disember 22, 2008

...Happening...

Si Nasrin tidur...

Nyenyak nyee

Ibu pulak posing



hehehe sama besar dengan pokok kelapa

Sabtu lalu, saya sekeluarga selepas sembahyang asar..rasa nk tengok pantai jer..kot-kot ada orang cari remis (sejenis siput kecil..best jugak)..saya ke pantai mengabang..dekat kubang golok atau kalau tak tahu daerah bachok lah..dekat rumah mertua lerr..Sunyi dan sepi jer..tak de orang..kotor sikit pantainya...saya ambil kesempatan ini untuk bergambar...mesti pelik kan takde si Nasrin..hehehehe dia tidur dalam kereta..senang sikit nak ambil gmbar..kalau tak..tak boleh duk diam ler..asyik nak kejar dia..tambah-tambah pulak kat tepi
pantai ni..tengoklah dia..

Titanic

Ibu n Nayli

Ayah dan Nayli


Romantis nyer ayah dan anak..jeloussss

Ahad, Disember 21, 2008

WEEKEND







Hujung minggu di kampung rumah mertua ku....tenang dan damai..hembusan angin sempoi-sempoi bahasa..(berhampiran pantai) suka tengok anak-anak di sini..tak puas main dengan atuk nya..ada kambing, lembu, ayam..hehehehe kampung katakan..tapi best..nyaman..

2 day special

Ini kasut PUMA saya

Ini sandle RIDER ..Nayli

Ini kasut PUMA..Husband Saya
Cuma dua hari jer...ermmm nasib baik 2 hari..kalau lebih..lebih banyak lah duit pocket keluar..hehehehe..KB MALL ada buat sales baru-baru ni..untuk member sales up to 70% tapi kalau non member 50% jer..nasib baik saya member...boleh jugak beli sport shoes and untuk Nayli sandle RIDER n beberapa helai baju..Yang tak puas hatinya..hari ni dah 2 kali pergi..dari awal jam 9.40 pagi lagi standby buka je pacific terus ke bahagian sport..lepas tuh petang lepas asar pulak pergi beli cadar n beberapa helai baju untuk anak-anak..saya ni tunggu sales jer..kalau tak sales tak boleh beli sport shoes tuh, mahal tapi peluang ini saya tak lepaskan..berhabis duit sikit untuk diri sendiri, suami dan anak-anak

Olympus 1050 SW

Yuhuu...ini gmbar first time ambik dengan kamera baru..beli petang tadi..lepas tuh cuba snap beberapa picture..ada yang menjadi dan ada yang tidak..so, ini lah satu gmbar yg OK..ada lagi gmbar tapi biarlah rahsia..

Khamis, Disember 18, 2008

'Happy Family"

Saja jer ambik gambar ni..anak2 ni penyibuk jerlah..ibu n ayah nak duk bersama pun tak boleh..si nasrin lah yang kadang-kadang tu manja sikit..bongsu katakan..(bongsu setakat ni laa), kalau saya duk sama-sama mestilah anak-anak penyibuk naik atas katil sama-sama duk tengah-tengah pulak tuh..ishhh gangguan..apa pun happy sebenarnya..ada anak yang sama-sama merasai kebahagian ini..Syukur Alhamdulillah saya bahagia dan gembira hidup sekeluarga (dengan cara saya sendiri), walau pun tak senang macam orang lain, tapi saya cukup semuanya..
Thanks MOHD ZAMRI BIN JAAFAR, NUR NAYLI & NUR NASRIN..LOVE U SO MUCH...

pOse..PoSE..poSE..

Masa ni, kita orang satu trooper ofis nk ke rantau panjang untuk jamuan Hari Raya Aidiladha..sempat lah posing dalam trooper..jalam jem gila..dh le hujan..apa pun kita happy, sampai rantau panjang makan nasi bukhari dan laksam siam kuah ketam..bestttt..
teringat masa buat jamuan Hari Raya Aidilfitri di rumah 4 jenis laksa..
i. Laksa Lemak
ii. Laksa Pinang
iii. Laksa Siam kuah ikan
iv. Laksa Siam kuah ayam

Rabu, Disember 17, 2008

BORING NYERR





Hari ni tak tahu nak buat apa..lepas jer lunch ngan my husband kat ALI KHAN, masuk ofis cuba edit gambar lak..tapi tak banyak perubahan ler..tak pandai..so, ini lah dia kesudahan editan..hehehe

Photoshop


Ini dh banyak kali buat..lastly jadi gini..save jer laa


Saya ni..kena banyak belajar ...banyak kekurangan lagi...




Belajar Photoshop ni..best jugak..dapat ilmu..hehehe..SEE MY PIC!!

In My Place


Hari ini boring sangat kt ofis..tak de orang..bos and pegawai-pegawai semua ke Sabah dan kawan-kawan ke Kuantan ada Kursus Perolehan..so, kemas meja laa..tak tahu nak buat apa..hehehehe..cantik lah nampak meja saya..JUST LOOK N SEE!!